MoreNiche

MoreNiche

MoreNiche

MoreNiche

UniqueHoodia

Zotrim

Sejarah SK Lembah Jaya

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya telah ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan pada 1 Januari 1987. Pada peringkat permulaan sekolah ini mempunyai seramai 32 orang guru dan 899 orang murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Guru Besar yang pertama sekolah ini ialah Encik Abdullah bin Wahab, PJK. Buat sementara waktu, murid-murid sekolah ini yang kebanyakannya tinggal di sekitar Lembah Jaya dan Bukit Belacan, menumpang di SK Ampang yang dijalankan pada sesi petang kerana SK Ampang tidak dapat lagi menampung murid-muridnya yang sudah berjumlah melebihi 2 000 orang. Dalam tahun pertama sekolah ini mempunyai 20 buah bilik darjah. Dalam tahun kedua sekolah ini terpaksa menambah dua bilik darjah lagi kerana jumlah murid meningkat kepada 935 orang.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini telah mengkaji akan masalah yang dihadapi oleh murid-murid di sekitar Lembah Jaya yang terpaksa menumpang di SK Ampang yang jauhnya lebih kurang 10 kilometer. Maka jawatankuasa tersebut mengambil keputusan merayu kepada Jabatan Pendidikan Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor supaya membina sebuah sekolah baru di Lembah Jaya.

Berdasarkan rayuan itu Menteri Besar Selangor dan Menteri Pendidikan sendiri ketika itu Encik Anwar Ibrahim, telah mengkaji secara mendalam rayuan tersebut maka beliau telah memberi persetujuan untuk membina bangunan sekolah ini di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor atas kuat kuasa Menteri Besar dan telah diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor. Kementerian pendidikan mempertanggungjawabkan kepada Kementerian Kerja Raya untuk memulakan pembinaan bangunan sekolah ini dalam bulan Julai 1987 dan jadual selesai pembinaannya ialah dalam bulan Februari 1988.

Pembinaan sekolah ini tidak dapat disiapkan dalam jangka masa yang dijadualkan. Oleh yang demikian murid-murid Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya menumpang di SK Ampang. Akhirnya, pada 3 Januari 1989 barulah Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya dapat berfungsi dibangunannya sendiri.

Pada pertengahan tahun 1991, sekolah ini telah mendapat dua bangunan satu tingkat tambahan yang mengandungi 4 buah kelas untuk menampung jumlah murid yang bertambah sehingga mencecah 2 000 orang. Pada permulaan semester ke 2 tahun 1992, sebilangan murid sekolah ini telah dipindahkan ke SK Taman Kosas yang baru didirikan. Sehingga bulan Oktober 1995, bilangan murid di sekolah ini ialah seramai lebih kurang 1930 orang manakala bilangan guru pula seramai 70 orang.

Pada tahun 2006, Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya telah mempunyai 43 buah kelas dari sesi pagi dan petang yang dapat menampung jumlah murid seramai 1560 orang murid keseluruhannya. Pada masa akan datang, berkemungkinan jumlah enrolmen murid akan bertambah dengan keadaan pembangunan sekeliling kawasan sekolah yang pesat dijalankan. Prasarana sekolah juga kini dipertingkatkan dengan tembok pagar bahagian laluan belakang sekolah yang dibina dimana dahulunya hanyalah pagar dawai dan kini diperbuat daripada tembok batu. Kemudahan surau juga telah dinaiktaraf dengan penambahan tempat untuk solat bagi murid-murid beragama Islam. Usaha murni ini dapat membantu menggarapkan lagi keberkesanan nilai-nilai sahsiah murid dengan suasana prasarana surau yang lebih indah dan mencukupi. Bilangan guru pada masa kini adalah seramai 75 orang yang bersama-sama menggembling tenaga dan usaha ke arah mencapai matlamat pendidikan.